Juzuk 8
AL-AN'AM 111~165
AL-A'RAF (Benteng Tinggi) 1~87
AL-AN'AM 111~165
AL-A'RAF (Benteng Tinggi) 1~87
AL-AN'AM 111~165
111. Dan jika kami turunkan atas mereka
Melaikat, dan (jika) orang-orang yang mati akan berkata-kata dengan mereka, dan
(jika) kumpulkan tiap-tiap sesuatu (keterangan) dihadapan (mereka), nescaya
tidak akan mereka beriman, melainkan
jika dikehendaki oleh Allah, tetapi
kebanyakan daripada mereka tidak tahu.
112. Dan demikianlah kami
jadikan bagi taip-tiap Nabi itu musuh (dari) syaitan-syaitan manusia dan jin, yang sebahagian dari mereka
mengkhabarkan dusta kepada sebahagian sebagai tipu daya, pada hal jika Tuhan mu mahu, (tentu) mereka
tidak mengerjakan nya. Oleh kerana itu, biarkan lah mereka, dan (biarkan lah)
apa yang mereka ada-ada kan.
113. Dan supaya condong
kepadanya hati orang-orang yang tidak
percaya kepada akhirat, dan supaya mereka reda kepadanya, dan supaya mereka
(terus) kerjakan apa-apa kejelekan yang mereka telah kerjakan.
114. “Apakah patut selain
dari Allah aku jadikan hukum, pada hal ialah yang menurunkan kepada kamu kitab (Quran) dengan terang?” sedangkan
mereka yang kami beri kitab itu tahu, bahawa (Quran) itu diturunkan dari Tuhan
mu dengan (membawa) kebenaran, oleh kerana itu, jangan lah engkau jadi diri
(golongan) orang-orang yang ragu-ragu.
115. Dan telah sempurna
kalimah Tuhan mu dengan benar dan adil, tidak ada yang bisa mengubah kalimah-kalimah
nya, dan ialah yang mendengar, yang mengetahui.
116. Dan jika engkau ikut
kepaaa kebanyakan orang-orang yang ada dibumi,
tentu mereka akan sesatkan mu
dari jalan Allah, kerana mereka tidak menurut melainkan sangkaan, dan mereka
itu tidak lain, melainkan berdusta.
117. Sesungguhnya Tuhan mu,
ialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan nya, dan ialah yang
lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan nya, dan ialah yang lebih
mengetahui orang-orang yang terpimpin.
118. Maka makan lah dari
apa-apa (sembelihan) yang disebut nama
Allah atasnya, jika (betul) kamu beriman kepada
ayat-ayat nya.
119. Mengapakan kamu tidak makan dari apa yang (disembeleh
dengan) disebut nama Allah atasnya, pada hal
ia telah terangkan bagi kamu apa-apa yang ia telah haramkan atas kamu,
melainkan barang yang kamu terpaksa kepadanya ? tetapi kebanyakan mereka menyesatkan (manusia) dengan hawa nafsu
mereka dengan tidak (mempunyai) pengetahuan. Sesungguh nya Tuhan mu, ialah yang
terlebih mengetahui orang-orang yang melewati batas.
120. Dan tinggalkan lah dusta; yang zahir dan yang batinnya, kerana orang-orang
yang mengerjakan dosa, akan dibalas mereka dengan apa yang mereka usahakan.
121. Dan janganlah kamu
makan dari apa-apa yang (disembeleh dengan) tidak disebut nama Allah atasnya,
kerana sesungguhnya ia itu satu dosa,
dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisik kepada pengikut-pengikut mereka,
supaya membantah kamu, dan jika kamu menurut mereka, sesungguhnya musriklah
kamu.
122. Dan apakah orang yang
(tanyanya) mati, lalu kami hidupkan dia dan kami adakan baginya cahaya yang ia berjalan dengan nya diantara
manusia itu, sama seperti orang yang didalam kegelapan-kegelapan, yang tidak bisa
kufur daripadanya ? demikian lah
dihiaskan bagi orang-orang kafir itu apa yang mereka telah kerjakan.
123. Dan demikianlah kami
jadikan, dalam tiap-tiap desa, beberapa
orang besar yang durhaka supaya mereka menipu dia dalam (dosa-dosa) itu, tetapi
mereka tidak menipu dia melainkan diri-diri mereka, pada hal mereka tidak
sadar.
124. Dan apabila datang
kepada mereka satu ayat, mereka berkata; “kami tidak akan percaya sehingga kami
diberi seperti apa yang diberikan kepada utusan-utusan Allah”, tetapi Allah itu
lebih mengetahui dimana patutnya ia letakkan risalah nya, akan mengenai
orang-orang yang berdosa itu kehinaan pada sisi Allah dan azab yang pedih, lantaran
mereka telah menipu dia.
125. Maka barang siapa Allah
mahu pimpin dia, ia akan buka kan dadanya buat (menerima agama) Islam, dan
barang siapa ia mahu sesatkan dia, ia akan dijadikan dadanya sangat sempit, seolah-olah ia naik kelangit. Demikian lah Allah jadikan
kotoran itu atas orang-orang yang tidak manu beriman.
126.. Dan ini lah jalan
Tuhan mu yang lurus, sesungguhnya kami telah terangkan ayat-ayat kami bagi
orang-orang yang mahu ingat.
127. Bagi merekalah kampung
keselamatan pada sisi Tuhan mereka, dan
ialah penolong mereka dengan sebab (amal) yang mereka telah kerjakan.
128. Dan (ingatlah) hari
yang ia akan hidupkan mereka sekelian,
(lalu berkata); “hai golongan Jin ! sesungguhnya kamu telah mendapat banyak
(hasil) dari manusia”, berkata pengikut-pengikut mereka dari manusia; “hai
Tuhan kami ! Sebahagian dari kami telah bersenang-senang dengan sebahagian, dan
kami telah sampai kepada waktu kami yang
engkau telah tentukan untuk kami”, ia
berkata; “neraka lah tempat diam kamu dalam keadaan kekal padanya”, melainkan
apa yang Allah kehendaki, kerana sesungguhnya Tuhan mu itu bijaksana, amat
mengetahui.
129. Dan demikianlah kami
iringkan sebahagian dari orang-orang yang zalim itu dengan sebahagian nya,
lantaran (amal) yang mereka telah usahakan.
130. Hai kumpulan Jin dan
manusia ! bukankah telah datang kepada kamu beberapa Rasul dari (jenis) kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat
kami dan mengancam kamu dengan pertemuan (kiamat) ini ? mereka berkata; “kami
telah saksikan (kesalahan) diri-diri kami”, kerana mereka ditipu oleh
penghidupan dunia, sedangkan mereka menyaksikan (kesalahan) diri-diri mereka,
bahawa sesungguhnya mereka pernah jadi
orang-orang kafir.
131. Yang demikian itu, kerana
Tuhan mu tidak mahu membinasakan
negeri-negeri itu dengan anyanya ?,
sedang kan penduduk nya itu lalai.
132. Dan bagi tiap-tiap
(seorang) ada beberapa darjat, lantaran (amal) yang mereka telah kerjakan, dan
tidaklah Tuhan mu itu lalai dari apa yang mereka kerjakan.
133. Dan Tuhan mu yang kaya, yang mempunyai rahmat, jika ia mahu, nescaya ia akan binasakan
kamu, dan ia akan jadikan pengganti, sesudah kamu. Sesiapa yang ia sukai, sebagaimana ia telah
jadikan kamu dari turunan kaum yang lain.
134. Sesungguhnya apa yang
dijanjikan kepada kamu itu, akan datang, dan tidakl lah dapat kamu terlepas
(daripadanya).
135. Katakan lah; “hai kaum
ku ! beramallah menurut kekuasaan kamu, sesungguhnya aku (juga) beramal
(bagitu), kerana kamu akan lihat, siapa yang mempunyai akibat (yang baik) diakhirat, sesungguhnya orang-orang yang
zalim itu tidak akan berbahagia”.
136. Dan mereka adalah bahagian untuk Allah dari apa yang ia jadikan, (iaitu sebahagian) dari ladang dan
binatang-binatang ternak, sambil berkata; “ini untuk Allah” – menurut sangkaan
mereka – “dan ini untuk berhala-berhala kamu”,
tetapi apa yang (mereka untukkan) buat berhala-berhala mereka itu, tidak
sampai kepada Allah, sedangkan apa yang (teruntuk) bagi Allah itu, sampai
kepada berhala-berhala mereka. Jelek sekali apa yang mereka hukumkan itu.
137. Dan bagitu juga telah
dinampakkan baik kepada kebanyakan dari kaum musrikin itu hal membunuh
anak-anak mereka, oleh sekutu-sekutu
mereka, kerana hendak menjerumuskan mereka dan kerana hendak membikin
agama mereka jadi ragu-ragu buat mereka,
dan kalau Allah mahu, nescaya tidak mereka kerjakan (kelakuan) itu, maka oleh
kerana itu, biarkan lah mereka dan (biarkan lah) apa-apa yang mereka ada-adakan
itu.
138. Dan mereka berkata;
“inilah binatang-binatang ternak dan ladang yang terlarang, yang seorang pun
tidak boleh memakan nya, melainkan siapa yang kami kehendaki” – menurut
persangkaan mereka dan ada beberapa binatang ternak yang diharamkan (oleh
mereka) menunggang nya dan beberapa binatang ternak yang mereka tidak sebut
nama Allah (waktu menyembelehnya), kerana berdusta atas (namanya). Ia akan
balas mereka tentang apa yang mereka telah ada-adakan.
139. Dan mereka berkata;
“apa-apa yang ada dalam perut binatang-binatang ternak ini halal bagi laki-laki
dari kami dan haram bagi isteri-isteri kami”, tetapi jika kandungan
binatang-binatang itu mati, maka mereka ber bersekutu padanya. Allah akan
membalas mereka tentang aturan mereka itu, (kerana) sesungguhnya Ia itu bijak sana, amat mengetahui.
140. Sesungguh nya rugilah
orang-orang yang membunuh anak-anak mereka, kerana kebodohan dengan tidak
mempunyai pengetahuan, dan rugilah
(mereka) yang mengharamkan apa yang Allah telah kurniakan kepada mereka
itu, kerana berbuat dusta atas nama Allah, sesungguhnya setelah mereka dan
tidaklah mereka terpimpin.
141. Dan ialah yang
menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan tidak berjunjung, dan kurma, dan
tumbuh-tumbuhan yang berlainan rasanya, dan zaiton, dan delima, yang bersamaan
dan yang tidak bersamaan. “makanlah dari buah nya, apabila ia berbuah dan
keluarkan lah haknya, pada hari katamnya, dan janganlah kamu (makan) berlebih-lebihan,
kerana sesungguhnya ia tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan.
142. Dan (ia jadikan) dari
binatang-binatang ternak itu, pembawa barang-barang dan buat disembeleh. Makan
lah apa-apa yang Allah telah kurniakan kepada kamu, dan jangan lah kamu ikut
perjalanan syaitan, kerana sesungguhnya
adalah syaitan itu bagi kamu, musuh yang terang”.
143. “Delapan yang
berpasangan, iaitu dari biri-biri dua, dan dari kambing dua”. Tanyalah: “apakah
yang Allah haramkan itu, dua jantan nya atau dua betina nya, atau kah yang
dikandung oleh dua betina nya ? terangkan lah kepada ku dengan pengetahuan,
jika memang kamu orang-orang yang benar”.
144. “Dan dari unta dua, dan dari sapi dua”. Tanyalah; “apakah yang Allah haramkan
itu, dua jantan nya atau dua betina nya, atau kah yang dikandung dua betina
nya, atau kah kamu jadi saksi tetakala Allah pesan kepada kamu tentang ini ?
siapakah yang lebih menganyayai daripada orang yang berdusta atas nama Allah,
untuk menyesatkan manusia dengan tidak mempunyai pengetahuan ?”, sesungguh nya Allah tidak memberi pertunjuk kepada kaum yang
zalim.
145. Katakan lah; “aku tidak
dapati (makanan) yang haram, dalam kitab yang diwahyukan kepada ku, bagi orang
yang (mahu) memakan nya, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau
daging babi -- kerana sesungguhnya itu
kotor – atau sesuatu yang disembeleh kerana lain dari Allah. Maka barang siapa
terpaksa dengan tidak sengaja mahu dan tidak melebihi. Maka sesungguhnya Tuhan
mu itu pengampun, penyayang.
146. Dan atas orang-orang
yahudi, kami telah haramkan tiap-tiap (binatang) yang berkuku, dan daripada
sapi dan kambing, kami haramkan atas mereka, lemak nya, melainkan (lemak) yang ada dibelakang nya
atau didalam perut atau apa-apa yang bercampur dengan tulang, yang demikian
itu, kami balas mereka dengan sebab kejahatan mereka, sesungguhnya kamilah yang
benar.
147. Oleh itu, jika mereka
mendustakan mu, maka katakan lah; “Tuhan kamu itu ialah yang mempunyai rahmat
yang luas, dan seksa nya tidak bisa disingkirkan dari kaum yang berdusta”.
148. Akan berkata
orang-orang yang musrik; “jika
dikehendaki Allah, nescaya kami dan bapa-bapa
kami tidak mempersekutukan nya dan tidak kami haramkan apa-apa”. Bagitu juga orang yang sebelum mereka
membikin dusta hingga mereka merasa seksaan kami. Katakan lah; “adakah kamu mempunyai keterangan
yang bisa kamu unjuk kan kepada kami ? tidak kamu turut, melainkan sangkaan,
dan tidaklah kamu itu melainkan berdusta”.
149. Katakan lah; “lantaran
itu, maka Allah mempunyai alasan yang kuat, iaitu jika ia mahu, tentu ia akan
beri pertunjuk kepada kamu sekelian”.
150. Katakan lah; “bawalah
saksi-saksi kamu yang menyaksikan bahawa Allah mengharamkan ini”. Oleh itu,
jika mereka jadi saksi, maka janganlah engkau jadi saksi bersama mereka, dan janganlah engkau
turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, dan orang-orang
yang tidak percaya kepada akhirat, sedang mereka menyekutukan Tuhan mereka.
151. Katakan lah; “marilah !
supaya aku bacakan apa yang Tuhan kamu haramkan atas kamu, (ia itu) bahawa
janganlah kamu sekutukan dengan dia sesuatu, dan hendaklah (kamu) berlaku baik
kepada ibu bapa, dan jangan lah kamu membunuh anak-anak kamu kerana (takut)
kepapaan, (kerana) kami memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka , dan
jangan lah kamu hampiri kejahatan, yang
terang daripadanya dan yang teresembunyi, dan jangan lah kamu membunuh jiwa
yang Allah haramkan, melainkan dengan
hak. Demikianlah Allah perintah kamu, supaya kamu mengerti”.
152. “Dan janganlah kamu
hampiri harta anak yatim, melainkan dengan cara yang baik, sehingga ia sampai
umur, dan sempurnakan lah sukatan dan timbangan dengan adil”. Kami tidak
memberatkan sesorang, melainkan dengan apa yang bisa ia kerjakan, “dan apabila
kamu berkata-kata, hendaklah kamu lurus, walau pun ia itu kerabat (kamu), dan
sempurnakan lah janji Allah, demikian lah ia perintah kamu, supaya kamu ingat”.
153. “Dan bahawa sesungguh
nya inilah jalan mu yang lurus, oleh kerana itu, turutlah dia, dan jangan lah
kamu turut jalan-jalan (lain), kerana (jalan itu) akan pisahkan kamu daripada
jalan nya, demikian lah ia perintah kamu, supaya kamu berbakti (kepadanya).
154. Kemudian, kemi telah
beri kitab kepada Musa sebagai menyempurnakan (nikmat) atas orang yang berbuat kebaikan, dan untuk
menerangkan tiap-tiap sesuatu, dan sebagai pertunjuk dan rahmat, supaya mereka percaya kepada
pertemuan dengan Tuhan mereka.
155. Dan ini lah sebuah
kitab yang kami turunkan dia yang diberi berkat. Lantaran itu, turutlah dia, dan berbaktilah
supaya kamu diberi rahmat.
156. Supaya kamu tidak
berkata; “hanya diturunkan kitab (agama) atas dua golongan sebelum kami, dan
sesungguhnya kami lalai dari bacaan mereka”.
157. Atau supaya tidak kamu
berkata; “sesungguhnya kalau diturunkan atas kami kitab itu, tentu adalah kami
lebih terpimpin daripada mereka”. Maka sesungguhnya telah datang kepada kamu
keterangan dan pertunjukan rahmat dari Tuhan kamu. Oleh kerana itu, bukankah
tidak ada yang lebih menganyanyai daripada orang yang mendustakan ayat-ayat
Allah dan berpaling daripada nya ? kami akan balas orang-orang yang berpaling
daripada nya ? kami akan balas orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat kami
itu dengan azab yang pedih, dengan sebab mereka berpaling.
158. Bukan kah tidak mereka tunggu-tunggu melainkan kedatangan
Melaikat kepada mereka atau kedatangan Tuhan mu atau kedatangan sebahagian daripada ayat-ayat Tuhan mu ? pada hari datangnya sebahagian
daripada tanda-tanda Tuhan mu itu, tidaklah akan bermanfaat iman seseorang yang
tidak beriman lebih dahulu nya atau (tidak) mengerjakan kebaikan pada iman nya. Katakan lah; “hendaklah kamu
tunggu, (kerana) sesungguhnya kami
(juga) menunggu”.
159. Sesungguhnya
orang-orang yang membahagiakan agama mereka dan jadi beberapa golongan itu,
bukan lah engkau dari (golongan mereka) ditentang apa pun, tidak lain urusan
mereka, melainkan kembali kepada Allah, kemudian ia akan terangkan kepada
mereka apa yang mereka telah kerjakan.
160. Barang siapa kerjakan
kebaikan, maka baginya (ganjaran) sepuluh kali ganda, dan barang siapa kerjakan
kejahatan, maka tidak dibalas dia melainkan sebanyak (kejahatan) itu, dan
mereka tidak akan dianyanyai.
161. Katakan lah;
“sesungguhnya aku dipimpin oleh Tuhan ku kejalan yang lurus, agama yang teguh,
agama Ibrahim yang ikhlas, kerana ia bukan daripada orang-orang yang musrik”.
162. Katakan lah;
“sesungguhnya sembahayang ku dan ibadat ku dan hidup ku dan mati ku, adalah kerana Allah, Tuhan bagi
sekelian maklhuk”.
163. “Tidak ada sekutu
baginya, dan bagitulah aku diperintah, dan adalah aku orang Islam yang
pertama”.
164. Katakan lah; “apakah
patut selain dari Allah aku akan jadikan Tuhan, pada hal ia itu Tuhan bagi
tiap-tiap sesuatu ? dan tiap-tiap satu
diri, tidak mengerjakan (kejahatan), melainkan (balasan nya itu jatuh) atasnya,
dan tidak lah seorang penanggung akan menanggung tangungan seseorang lain. Kemudian, kepada
Tuhan kamu lah tempat kembali kamu, lalu ia akan terangkan kepada kamu tentang
apa yang kamu perselisihkan”.
165. “Dan ialah yang
menjadikan kamu khalifah (d)bumi, dan ia mengangkat darjat-darjat sebahagian
dari kamu atas sebahagian, untuk ia menguji kamu tentang apa yang ia telah
datangkan kepada kamu. Sesungguh nya Tuhan mu itu lekas seksaan nya, tetapi
tetapi sesungguhnya ia itu pengampun, penyayang.
{7}
Al-a’raf (Benteng Tinggi).
Al-a’raf (Benteng Tinggi).
Dengan
nama Allah, pemurah, penyayang.
1. Alif, Laam, Shaad.
2. (Ini)
satu kitab yang diturunkan kepada mu,
oleh kerana itu, jangan lah ada syak dalam dada mu kerana nya, untuk engkau
ancam (manusia) dengan dia, dan (sebagai) peringatan bagi orang-orang yang
beriman.
3.
Turutlah apa yang diturunkan atas kamu dari Tuhan kamu, dan jangan lah kamu
turut penolong-penolong selain daripadanya, (tetapi) sedikit sekali kamu ingat.
4. Dan
beberapa banyak desa yang kami telah binasakan, iaitu datang kepada nya seksaan
kami waktu malam atau pada waktu mereka sedang tidur tengahari.
5. Maka
tidak ada seruan mereka ketika datang kepada mereka azab kami itu, melainkan
mereka berkata; “sesungguhnya kami ini orang-orang yang zalim”.
6. Maka
sesungguhnya kami akan periksa orang-orang yang dikirim (Rasul-Rasul) kepada
nya, dan sesungguhnya kami akan periksa Rasul-Rasul itu.
7. Lantas
sesungguhnya kami akan ceritakan kepada mereka dengan pengetahuan, kerana tidak sekali-sekali kami
azab.
8. Dan
timbangan amal pada hari (kiamat) itu benar, maka barang siapa berat timbangan
(kebaikan)nya maka mereka itu ialah
orang-orang yang dapat kejayaan.
9. Dan
barang siapa ringan timbangan (kebaikan)nya, maka merekalah orang-orang yang
telah merugikan diri-diri mereka, lantaran mereka berlaku zalim kepada
ayat-ayat kami.
10. Dan
sesungguhnya kami telah tetapkan kamu dibumi dan kami adakan bagi kamu pada nya
beberapa penghidupan, (tetapi) sedikit
sekali kamu berterima kasih.
11. Dan
sesungguhnya kami telah jadikan kamu, dan kami telah rupakan kamu, lalu kami
berkata kepada melaikat; “sujudlah kepada Adam”, lalu mereka sujud, tetapi
iblis, tidaklah ada ia daripada mereka yang sujud.
12. Ia
brkata; “apakah yang menyebabkan mu
tidak sujud tetakala aku perintah mu?” ia jawab; “aku lebih mulia daripadanya, (kerana) engkau
jadikan daku dari api, pada hal engkau jadikan dia dari tanah”.
13. Ia berkata; “pergilah daripada (syurga) ini, kerana
tidak patut engkau bersombong (padanya). Maka kalaulah, sesungguhnya engkau
daripada golongan mereka yang rendah.
14. Ia
berkata; “berilah tempoh kepada ku sampai hari yang mereka akan dibangkitkan”.
15. Ia
berkata; “sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh”.
16. Ia
berkata; “lantaran engkau telah sesatkan daku, maka tentu aku akan halangi
mereka (daripada) jalan mu yang lurus”.
17. “Kemudian, aku akan datangi mereka dari hadapan
mereka dan dari balakang mereka dan dari kanan mereka dan dari kiri mereka, dan
tidak akan engkau dapati kebanyakan dari
mereka itu berterima kasih”.
18. Ia
berfirman; “keluarlah engkau daripada (syurga) itu dengan terhina,
terhalau. Sesungguhnya barang siapa
daripada mereka itu turut kepada mu, nescaya aku penuhkan jahanam dengan kamu
(dan mereka) sekelian”.
19. “dan
hai Adam ! tinggal lah engkau dengan isteri mu disyurga itu, maka makan lah
apa-apa yang kamu berdua sukai, tetapi jangan lah kamu dekati pohon ini, kerana kamu akan termasuk golongan mereka
yang zalim”.
20. Maka
syaitan membisik kepada keduanya yang akhirnya menampakkan kepada keduanya
aurat mereka yang ditutup dari (pandangan mereka), sambil ia berkata;
“tidaklah Tuhan kamu melarang kamu
(memakan buah) dari pohon ini, melainkan lantaran kamu akan jadi Melaikat atau
lantaran kamu akan termasuk golongan orang-orang yang kekal (padanya)”.
21. Dan
ia bersumpah kepada keduanya; “sesungguhnya aku ini bagi kamu, daripada mereka
yang memberi nasihat”.
22. Maka
ia unjurkan keduanya dengan tipu daya, maka tetekala keduanya merasakan (buah)
pohon itu, terbuka aurat-aurat mereka, dan mulai lah mereka tutup atas
(kemaluan) mereka dengan daun dari syurga, dan Tuhan mereka berdua menyeru
kepada mereka; “bukan kah aku larang kamu berdua (memakan buah) dari pohon itu,
dan bukan kah sudah aku katakan, bahawa syaitan itu musuh kamu yang nyata ?”.
23.
Mereka berdua berkata; “hai Tuhan kami !
sesungguhnya kami telah menganyayai diri-diri kami. Lantaran itu, jika tidak
engkau ampunkan kami dan (tidak) engkau berikah rahmat kepada kami, nescaya
jadilah kami daripada orang-orang yang rugi”.
24. Allah
berkata; “pergilah kamu ! sebahagian dari kamu jadi musuh bagi sebahagian nya,
dan adalah bagi kamu dibumi itu tempat ketetapan dan bekalan hingga satu masa”.
25. Ia
berfirman (pula); “padaNya lah kami hidup dan disitulah kamu akan mati dan
daripadanya kamu akan dikeluarkan”.
26. “Hai
anak-anak adam ! sesungguhnya kami telah turunkan atas kamu pakaian untuk
menutup kemaluan-kemaluan kamu, dan
pakaian perhiasan, dan pakaian takwa, (tetapi)
ini lebih baik, yang demikian itu
adalah daripada tanda-tanda (kurnia) Allah, supaya mereka ingat”.
27. “Hai anak-anak adam ! jangan lah (dapat)
syaitan menipu kamu sebagaimana ia telah keluarkan dua ibu bapa kamu dari
syurga, ia buka pakaian ibu bapa kamu, (supaya)
kelihatan kemaluan-kemaluan keduanya. Sesungguhnya ia dan golongan nya
melihat kamu, tetapi kamu tidak melihat mereka, sesungguhnya kami jadikan
syaitan-syaitan itu, ketua-ketua bagi orang-orang yang tidak beriman”.
28. Dan
apabila mereka kerjakan kejahatan, maka berkata; “kami dapati bapa-bapa kami
mengerjakan nya, dan Allah perintah kami (kerjakan) itu” katakan lah; “sesungguh nya Allah
(sekali-sekali) tidak menyuruh (kerjakan) kejahatan. Apakah (patut) kamu berkata atas nama Allah,
sesuatu yang mana kamu tidak tahu ?”.
29.
Katakan lah; “Tuhan ku suruh (manusia) berlaku adil, dan (ia perintah):
‘hidupkan lah diri-diri kamu pada tiap-tiap (kali) sembahayang, dan berdoalah
kepadanya’ dengan ikhlas kan ‘ibadat kepadanya’ , (kerana) sebagaimana ia
jadikan kamu, (bagitulah pula) kamu akan
kembali (kepadanya)”.
30. Suatu
golongan Allah pimpin dan satu golongan (lagi) tertimpa atasnya kesesatan,
kerana sesungguhnya mereka jadikan syaitan-syaitan
itu sebagai ketua-ketua selain dari Allah, dan mereka sangka, bahawa mereka terpimpin.
31. Hai
anak adam ! pakai lah perhiasan kamu pada tiap-tiap masjid, dan makanlah dan
minumlah, tetapi janganlah kamu melewati batas, kerana sesungguhnya Allah itu,
tidak suka kepada orang-orang yang melewati batas.
32.
Katakan lah; “siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang ia
adakan (untuk) hamba-hamba nya, dan
barang siapa yang baik-baik dari kurnia(Nya) ?”
katakan lah; “(adalah) ia untuk orang-orang yang beriman dipenghidupan dunia (dan)
tertentu (bagi mereka) pada hari kiamat”. Demikan lah kami terangkan perintah-perintah bagi kaum yang
(mahu) tahu.
33.
Katakan lah; “sesungguhnya Tuhan ku
mengharamkan kejahatan yang zahir nya
dan yang batin nya, dan dosa, dan anyanya dengan tidak benar, dan (ia haramkan)
kamu menyekutukan dengan Allah suatu
yang keterangan nya tidak ia turunkan, dan (ia haramkan) kamu berkata atas nama Allah, sesuatu yang kamu tidak tahu”.
34. Dan
bagi tiap-tiap umat ada ajalnya, maka apabila datang ajal mereka, tidak lah bisa
mereka minta di takakhirkan (walau pun)
sebentar dan tidak bisa mereka minta dimajukan (nya).
35. Hai
anak Adam ! jika datang kepada kamu Rasul-Rasul dari antara kamu yang
menceritakan kepada kamu ayat-ayat kami,
maka barang siapa yang berbakti dan
berbuat baik, tidaklah ada ketakutan atas mereka dan tidak mereka berdukacita.
36. Dan
orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, dan tidak mahu terima akan dia,
mereka lah ahli neraka yang mereka akan kekal padanya.
37. Maka
bukan lah tidak ada yang terlebih zalim daripada orang yang berbuat dusta atas
nama Allah atau yang mendustakan ayat-ayat nya ? mereka akan dapat bahagian
mereka dari kitab (amal mereka) sehingga apabila datang kepada mereka
utusan-utusan kami yang akan terima mereka, sambil berkata; “manakah
(berhala-berhala) yang kamu seru selain dari Allah?” maka orang-orang itu akan
jawab; “(berhala-berhala) itu telah hilang daripada kami’, serta mereka
menyaksikan atas diri-diri sendiri, bahawa adalah mereka (dahlunya) orang-orang yang tidak percaya.
38. Ia
berfirman; “masuklah kamu dalam neraka bersatu dengan umat yang telah lalu
sebelum kamu, dari bangsa Jin dan Manusia. Tiap-tiap masuk satu umat, ia
mengutuk saudaranya, sehingga apabila semuanya terkumpul dalan (neraka) itu,
maka berkatalah umat yang akhir tentang yang mula-mula; “hai Tuhan kami ! mereka
inilah yang telah sesatkan kami, oleh kerana itu, berilah mereka azab dari
neraka yang berlipat kali ganda”. Firman Allah; “bagi tiap-tiap (kamu ada azab)
yang berlipat kali ganda”, tetapi kamu tidak tahu.
39. Dan
berkata (umat) yang mula-mula kepada
(umat) yang akhir; “tidaklah ada bagi kamu kelebihan atas kami, oleh kerana
itu, rasalah azab, lantaran apa yang kamu telah usahakan”.
40. Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan
ayat-ayat kami dan tidak mahu terima
dia, maka tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit, dan tidak akan mereka masuk syurga sehingga
unta bisa masuk dilubang jarum, kerana demikian lah kami membalas orang-orang
yang berdosa besar.
41.
Adalah bagi mereka tempat yang rendah dari jahanam, dan diatas mereka ada
tutupan-tutupan nya, kerana demikian lah
kami balas orang-orang yang zalim.
42. Dan orang-orang yang beriman dan yang beramal
soleh – kami tidak memberatkan satu diri,
melainkan sekadar kuasanya – (adalah) mereka itu ahli syurga yang mereka
akan kekal padanya.
43. dan kami cabut apa-apa yang ada didada-dada mereka daripada hasad, dibawah
mereka mengalir babarapa sungai-sungai, dan mereka berkata; “ sekelian puji
kepunyaan Allah yang telah pimpin kami (kesyurga) ini pada hal tidak
sekali-sekali kami dapat pertunjuk, kalau Allah tidak pimpin kami, seseungguhnya
telah datang beberapa urusan Tuhan kami dengan (membawa) kebenaran”,
dan mereka diseru; “bahawa inilah syurga diwariskan nya kepada kamu,
lantaran apa yang kamu telah kerjakan”.
44. Dan ahli syurga menyeru ahli neraka;
“sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kami
kepada kami itu benar, maka apakah kamu telah dapati apa yang telah dijanjikan
oleh Tuhan kamu itu benar ?” mereka jawab; “Ya”, lalu diantara mereka diberitahu
oleh seorang pemberitahu; “bahawa laknat Allah itu, adalah atas orang-orang
yang zalim”.
45. “Yang
memalingkan (manusia) daripada jalan Allah, dan mahu jadikan jalan itu bengkok
lantaran mereka tidak percaya kepda akhirat”.
46. Dan
diantara dua itu ada satu dinding, dan diatas benteng itu ada beberapa
laki-laki kenal tiap-tiap seorang dengan tanda masing-masing, dan mereka seru
ahli syurga; “mudah-mudahan sejahtera (bercucur) atas mereka”. Mereka ini belum
masuk dalam syurga, sedangkan mereka sangat ingin.
47. Dan
kalau dipalingkan pandangan-pandangan mereka kepihak ahli nereka, mereka
berkata; “hai Tuhan kami ! janganlah engkau masukkan kami dalam golongan
orang-orang yang zalim”.
48. Dan
mereka yang diatas benteng tinggi itu menyeru orang-orang yang mereka kenal
dengan tanda masing-masing. Mereka berkata; “bukankah tidak memberi faedah kepada kamu pengumpulan kamu dan apa
yang kami besar-besarkan ?”.
49.
“Apakah ini orang-orang yang pernah kamu
bersumpah, (bahawa) Allah tidak akan
memberi rahmat kepada mereka ?” “masuklah
kamu kedalam syurga, tidak ada ketakutan atas kamu dan tidak akan kamu
berdukacita”.
50. Dan
ahli nereka menyeru ahli syurga; “tuanglah atas kami dari air atau dari apa-apa
yang Allah kurniakan kepda kamu!” mereka jawab; “sesungguhnya Allah telah
haramkan dua-dua itu atas orang-orang kufur”.
51. “Maka
jadikan agama mereka sia-sia dan permainan, kerana mereka telah diperdayakan
oleh penghidupan dunia”. Maka dihari ini, kami lupakan mereka sebagaimana
mereka lupa kepada pertemuan hari mereka ini, lantaran mereka tidak percaya
kepada ayat-ayat kami.
52. Dan
sesungguhnya kami telah datangkan kepada mereka satu kitab yang kami telah
terangkan dia atas dasar pengetahuan sebagai pertunjuk dan rahmat bagi kaum
yang (mahu) beriman.
53. Bukankah mereka tidak menunggu melainkan buah-buahan
nya (Quran)? Pada hari datang buah-buahan nya (pada hari kiamat) itu, akan
berkata orang-orang yang dahulu nya melupakan dia; “sesungguhnya telah datang
utusan-utusan Tuhan kami dengan (membawa) kebenaran. Lantaran itu, adakah penolong-penolong yang akan menolong
kami atau (tidakkah bisa) kami dikembalikan supaya dapat kami kerjakan
lain-lain daripada apa yang telah kami kerjakan (dahulu)?” sesungguhnya mereka
telah rugikan diri-diri mereka dan hilang dari mereka apa yang mereka
ada-adakan.
54. Sesungguhnya
Tuhan kami itu ialah Allah, yang menjadikan langit-langit dan bumi dalam enam
masa, dan ia bersemayam atas araz, ia tutup malam dengan siang yang mengiringi
dia dengan lekas, dan (ia jadikan) matahari dan bulan dan bintang-bintang
tunduk kepada ketetapan. Bukankah pembikinan dan kekuasaan itu kepunyaan nya ?
maka tinggi Allah, pengurus sekelian makhluk!.
55.
Serulah Tuhan kamu dengan merendah diri dan tersembunyi, kerana sesungguhnya Ia
tidak suka kepada orang-orang yang melewati batas.
56. Dan janganlah
kamu berbuat kebinasaan dibumi sesudah
beresnya, dan berdoalah kepada nya
dengan takut dan dengan sungguh-sungguh mahu, kerana sesungguhnya rahmat
Allah itu dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.
57. Dan
ialah yang mengirim angin sebagai pembawa khabar baik dihadapan rahmatnya,
sehingga apabila ia bawa mega (awan) yang berat, kami tarik dia kenegeri yang
mati, lalu kami turunkan (pula) dengan mega itu akan air, kemudian, kami
keluarkan dengan air itu sekelian tumbuh-tumbuhan. Demikianlah kami hidupkan
orang-orang yang mati, supaya kamu mahu ingat.
58. Dan
negeri yang baik itu keluarlah tumbuh-tumbuhan nya dengan izin Allah, dan negeri
yang tidak baik itu tidaklah ia keluar, melainkan dengan susah. Demikianlah
kami terangkan ayat-ayat kami, bagi kaum yang mahu berterima kasih.
59.
Sesungguhnya kami telah utus Nuh kepada kaumnya, lalu ia berkata; “hai kaumku! beribadatlah
kepada Allah (kerana) tidak ada bagi kamu Tuhan selain daripadaNya. Sesungguhnya aku khuatir kamu akan dapat
azab hari yang besar”.
60.
Berkata ketua-ketua dari kaumnya itu; “sesungguhnya kami lihat mu didalam
kesesatan yang nyata”.
61. Ia
jawab; “Hai kaumku ! tidak ada pada ku kesesatan, tetapi aku ini seorang Rasul
dari Tuhan bagi sekelian makhluk”.
62. “Aku menyampaikan kepada kamu ayat-ayat Tuhan
ku, dan aku beri nasihat kepada kamu, kerana aku tahu, dengan (pemberian)
Allah, apa yang kamu tidak tahu”.
63.
“Apakah kamu merasa anih kedatangan satu peringatan dari Tuhan kamu dengan
perantaraan seorang laki-laki dari antara kamu, untuk mengancam kamu dan
supaya kamu berbakti dan supaya kamu
diberi rahmat ?”.
64.
Tetapi mereka dustakan dia, maka kami selamatkan dia dan orang-orang yang
mengikut dia didalam kapal, serta kami karamkan orang-orang yang mendustakan
ayat-ayat kami, kerana sesungguhnya adalah mereka itu kaum yang buta.
65. Dan
kepada Aad (kamu utus) saudara mereka, Hud. Ia berkata; “Hai kaum ku !
sembahlah Allah, (kerana) tidak ada Tuhan bagi kamu, selain daripada nya. Lantaran itu, tidaklah mahu kamu
berbakti ?”.
66.
Berkata ketua-ketua kafir dari antara kaumnya; “sesungguhnya kami lihat mu didalam kebodohan, dan
sesungguhnya kami sangka engkau daripada orang-orang yang berdusta”.
67. Ia
jawab; “hai kaum ku ! tidaklah ada kebodohan pada ku, tetapi aku ini seorang Rasul
dari Tuhan bagi sekelian makhluk”.
68. “Aku
menyampaikan kepada kamu ayat-ayat Tuhan ku, kerana adalah aku ini, bagi kamu,
seorang penasihat yang kepercayaan”.
69. “Dan
apakah kamu merasa anih kedatangan satu peringatan dari Tuhan kamu dengan
perantaraan seorang laki-laki dari antara kamu untuk mengancam kamu ? dan
ingatlah tetakala ia jadikan kamu sebagai pengurus sesudah kaum Nuh, dan ia
tambah bagi kamu kelebihan dalam kejadian. Lantaran itu, ingatlah nikmat-nikmat
Allah, supaya kamu berbahagia”.
70.
Mereka bertanya; “Apakah engkau datang kepada kami supaya kami sembah Allah sendiri nya, dan (supaya)
kami tinggalkan apa-apa yang bapa-bapa kami sembah ? Lantaran itu, datangkan lah apa yang engkau
ancam kami jika (betul) engkau dari
golongan orang-orang yang benar”.
71. Ia berkata; “sesungguhnya telah tertimpa atas kamu seksaan dan
kemurkaan dari Tuhan kamu. Patutkah kamu membantah ku tentang nama-nama yang
kamu dan bapa-bapa kamu namakan, (pada hal) Allah tidak turunkan keterangan
ditentang nya? Oleh kerana itu, tunggulah (seksaan Allah), sesungguhnya aku
(juga) daripada orang-orang yang menunggu bersama mu”.
72. Maka
kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama dia dengan satu rahmat dari
kami, serta kami potong akar (habiskan)
orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, kerana bukanlah mereka
orang-orang yang beriman.
73. Dan
kepada Samud (kami utus) saudara mereka, Saleh. ia berkata; “hai kaumku !
sembhlah Allah, (kerana) tidaklah ada Tuhan bagi kamu, selain daripada Nya.
Sesungguhnya telah datang kepada kamu satu keterangan dari Tuhan kamu, (iaitu)
unta Allah yang betina itu, adalah satu tanda bagi kamu, maka biarkan lah dia
memakan dibumi Allah, dan jangan lah kamu ganggu dia, kerana akan mengenai kamu
azab yang pedih”.
74. “Dan
ingatlah tetakala Allah jadikan kamu khalifah sesudah kaum Aad, dan ia beri kekuasaan bagi kamu dibumi, yang
kamu jadikan dari tanah rata nya beberapa
mahligai dan kamu tebuk gunung-gunung jadi rumah-rumah. Lantaran itu,
ingatlah akan nikmat-nikmat Allah, dan janganlah kamu bermaharajalela dibumi
dengan membikin kebinasaan”.
75.
Pemuka-pemuka yang tidak mahu percaya dari antara kaum nya bertanya kepada
orang-orang yang lemah, yang beriman diantara mereka; “apakah kamu tahu bahawa
Saleh itu orang yang diutus dari Tuhan nya ?” mereka jawab; “sesungguhnya kami
percaya kepada apa yang dia diutuskan buat menyampaikan nya”.
76.
Orang-orang yang tidak mahu percaya itu berkata; “sesungguhnya kami tidak
percaya kepada apa yang kamu percaya itu”.
77. Lalu
mereka sembelih unta itu, dan mereka derhaka kepada perintah Tuhan mereka, dan
mereka berkata; “Hai Saleh ! datangkan lah kepada kami apa yang engkau ancamkan
kepada kami, jika betul engkau ini daripada orang-orang yang diutuskan”.
78.
Lantas kenalah gempa atas mereka, lalu jadilah mereka kaku dalam rumah-rumah
mereka.
79. Maka
ia berpaling dari mereka sambil berkata; “hai kaum ku ! sesungguhnya aku telah
sampaikan kepada kamu pesanan Tuhan ku dan aku telah beri nasihat kepada kamu,
tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat”.
80. Dan
(ingatlah) kepada Lut tetakala ia berkata kepada kaumnya’ “patutkah kamu
kerjakan kejahatan yang belum pernah dikerjakan oleh seseorang dari alam ini?”.
81. “Sesungguhnya
kamu mendatangi laki-laki dengan berahi, bukan kepada perempuan, bahkan kamu ini satu kaum yang
melewati batas”.
82. Tidak
lain jawaban kaumnya, melainkan mereka berkata; “keluarkan lah mereka itu dari
desa kamu, kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang membersihkan diri
mereka”.
83. Lalu
kami selamatkan dia dan ahlinya,
melainkan isterinya, (kerana) adalah ia daripada orang-orang yang tertinggal.
84. Dan
kami hujan kan atas mereka satu hujan. Lantaran itu, lihatlah bagaimana
kesudahan orang-orang yang berbuat kesalahan besar.
85. Dan
kepada Madyan (kami utus) saudara
mereka, Syuaib. Ia berkata; “hai kaum ku, sembahlah Allah, kerana tidak ada
Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu satu
keterangan dari Tuhan kamu. Lantaran itu, cukupkan lah sukatan dan timbangan
dan janganlah kamu kurangkan (dari) manusia akan hak-hak mereka, dan janganlah
kamu berbuat kebinasaan dibumi sesudah beresnya. Yang demikian itu, baik
buat kamu jika kamu orang-orang yang beriman”.
86. “Dan
janganlah kamu halangi ditiap-tiap urusan (sampai) menakuti-menakuti dan
memalingkan daripada jalan Allah, akan orang yang beriman kepadanya, lantaran
kamu mahu jadikan (jalan) itu bengkok, dan ingatlah tetakala kamu sedikit, lalu
ia banyak kan kamu, dan lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat
kebinasaan”.
87. “Dan jika ada satu bahagian dari antara kamu
percaya kepada apa yang diutus kepada
ku, dan satu bahagian (pula) tidak percaya, maka tunggulah sehingga Allah
menghukum antara kita, kerana Allah itu sebaik-baik penghukum”.
[Previous Juzuk][Next Juzuk][Previous Summary][Next Summary] [Home] .
.
[Previous Juzuk][Next Juzuk][Previous Summary][Next Summary] [Home] .
.
Via,
mynubhan@gmail.com
mynubhan@gmail.com
(recovery, bucketsmartherbs@yahoo.com)
No comments:
Post a Comment