Saturday 16 November 2013

Juzuk 8



Juzuk 8
AL-AN'AM 111~165  
AL-A'RAF (Benteng Tinggi) 1~87


AL-AN'AM 111~165
111. Dan jika kami turunkan atas mereka Melaikat, dan (jika) orang-orang yang mati akan berkata-kata dengan mereka, dan (jika) kumpulkan tiap-tiap sesuatu (keterangan) dihadapan (mereka), nescaya tidak akan  mereka beriman, melainkan jika dikehendaki oleh Allah, tetapi  kebanyakan daripada mereka tidak tahu.
112. Dan demikianlah kami jadikan bagi taip-tiap Nabi itu musuh (dari) syaitan-syaitan  manusia dan jin, yang sebahagian dari mereka mengkhabarkan dusta kepada sebahagian sebagai tipu daya,  pada hal jika Tuhan mu mahu, (tentu) mereka tidak mengerjakan nya. Oleh kerana itu, biarkan lah mereka, dan (biarkan lah) apa yang mereka ada-ada kan.
113. Dan supaya condong kepadanya hati  orang-orang yang tidak percaya kepada akhirat, dan supaya mereka reda kepadanya, dan supaya mereka (terus) kerjakan apa-apa kejelekan yang mereka telah kerjakan.
114. “Apakah patut selain dari Allah aku jadikan hukum, pada hal ialah yang menurunkan kepada  kamu kitab (Quran) dengan terang?” sedangkan mereka yang kami beri kitab itu tahu, bahawa (Quran) itu diturunkan dari Tuhan mu dengan (membawa) kebenaran, oleh kerana itu, jangan lah engkau jadi diri (golongan) orang-orang yang ragu-ragu.
115. Dan telah sempurna kalimah Tuhan mu dengan benar dan adil, tidak ada yang bisa mengubah kalimah-kalimah nya, dan ialah yang mendengar, yang mengetahui.
116. Dan jika engkau ikut kepaaa kebanyakan orang-orang yang ada dibumi,  tentu mereka akan sesatkan  mu dari jalan Allah, kerana mereka tidak menurut melainkan sangkaan, dan mereka itu tidak lain,  melainkan berdusta.
117. Sesungguhnya Tuhan mu, ialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan nya, dan ialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan nya, dan ialah yang lebih mengetahui orang-orang yang terpimpin.
118. Maka makan lah dari apa-apa  (sembelihan) yang disebut nama Allah atasnya, jika (betul) kamu beriman kepada  ayat-ayat nya.
119. Mengapakan kamu tidak makan dari apa yang (disembeleh dengan) disebut nama Allah atasnya, pada hal  ia telah terangkan bagi kamu apa-apa yang ia telah haramkan atas kamu, melainkan barang yang kamu terpaksa kepadanya ? tetapi kebanyakan mereka  menyesatkan (manusia) dengan hawa nafsu mereka dengan tidak (mempunyai) pengetahuan. Sesungguh nya Tuhan mu, ialah yang terlebih mengetahui orang-orang yang melewati batas.
120. Dan tinggalkan lah dusta; yang zahir dan yang batinnya, kerana orang-orang yang mengerjakan dosa, akan dibalas mereka dengan apa yang mereka usahakan.

121. Dan janganlah kamu makan dari apa-apa yang (disembeleh dengan) tidak disebut nama Allah atasnya, kerana sesungguhnya ia  itu satu dosa, dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisik kepada pengikut-pengikut mereka, supaya membantah kamu, dan jika kamu menurut mereka, sesungguhnya musriklah kamu.
122. Dan apakah orang yang (tanyanya) mati, lalu kami hidupkan dia dan kami adakan baginya  cahaya yang ia berjalan dengan nya diantara manusia itu, sama seperti orang yang didalam kegelapan-kegelapan, yang tidak bisa kufur daripadanya ? demikian lah  dihiaskan bagi orang-orang kafir itu apa yang mereka telah kerjakan.
123. Dan demikianlah kami jadikan, dalam tiap-tiap desa,  beberapa orang besar yang durhaka supaya mereka menipu dia dalam (dosa-dosa) itu, tetapi mereka tidak menipu dia melainkan diri-diri mereka, pada hal mereka tidak sadar.
124. Dan apabila datang kepada mereka satu ayat, mereka berkata; “kami tidak akan percaya sehingga kami diberi seperti apa yang diberikan kepada utusan-utusan Allah”, tetapi Allah itu lebih mengetahui dimana patutnya ia letakkan risalah nya, akan mengenai orang-orang yang berdosa itu kehinaan pada sisi Allah dan azab yang pedih, lantaran mereka telah menipu dia.
125. Maka barang siapa Allah mahu pimpin dia, ia akan buka kan dadanya buat (menerima agama) Islam, dan barang siapa ia mahu sesatkan dia, ia akan dijadikan dadanya sangat sempit, seolah-olah  ia naik kelangit. Demikian lah Allah jadikan kotoran itu atas orang-orang yang tidak manu beriman.
126.. Dan ini lah jalan Tuhan mu yang lurus, sesungguhnya kami telah terangkan ayat-ayat kami bagi orang-orang yang mahu ingat.
127. Bagi merekalah kampung keselamatan  pada sisi Tuhan mereka, dan ialah penolong mereka dengan sebab (amal) yang mereka telah kerjakan.
128. Dan (ingatlah) hari yang ia  akan hidupkan mereka sekelian, (lalu berkata); “hai golongan Jin ! sesungguhnya kamu telah mendapat banyak (hasil) dari manusia”, berkata pengikut-pengikut mereka dari manusia; “hai Tuhan kami ! Sebahagian dari kami telah bersenang-senang dengan sebahagian, dan kami telah sampai kepada waktu  kami yang engkau telah tentukan untuk kami”,  ia berkata; “neraka lah tempat diam kamu dalam keadaan kekal padanya”, melainkan apa yang Allah kehendaki, kerana sesungguhnya Tuhan mu itu bijaksana, amat mengetahui.
129. Dan demikianlah kami iringkan sebahagian dari orang-orang yang zalim itu dengan sebahagian nya, lantaran (amal) yang mereka telah usahakan.
130. Hai kumpulan Jin dan manusia ! bukankah telah datang kepada kamu beberapa Rasul dari (jenis)  kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat kami dan mengancam kamu dengan pertemuan (kiamat) ini ? mereka berkata; “kami telah saksikan (kesalahan) diri-diri kami”, kerana mereka ditipu oleh penghidupan dunia, sedangkan mereka menyaksikan (kesalahan) diri-diri mereka, bahawa sesungguhnya  mereka pernah jadi orang-orang kafir.

131. Yang demikian itu, kerana Tuhan mu tidak mahu membinasakan  negeri-negeri itu dengan anyanya ?,  sedang kan penduduk nya itu lalai.
132. Dan bagi tiap-tiap (seorang) ada beberapa darjat, lantaran (amal) yang mereka telah kerjakan, dan tidaklah Tuhan mu itu lalai dari apa yang mereka kerjakan.
133. Dan Tuhan mu yang kaya, yang mempunyai rahmat, jika ia mahu, nescaya ia akan binasakan kamu, dan ia akan jadikan pengganti, sesudah kamu.  Sesiapa yang ia sukai, sebagaimana ia telah jadikan kamu dari turunan kaum yang lain.
134. Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu itu, akan datang, dan tidakl lah dapat kamu terlepas (daripadanya).
135. Katakan lah; “hai kaum ku ! beramallah menurut kekuasaan kamu, sesungguhnya aku (juga) beramal (bagitu), kerana kamu akan lihat, siapa yang mempunyai akibat (yang baik)  diakhirat, sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berbahagia”.
136. Dan mereka adalah bahagian untuk Allah dari apa yang ia jadikan,  (iaitu sebahagian) dari ladang dan binatang-binatang ternak, sambil berkata; “ini untuk Allah” – menurut sangkaan mereka – “dan ini untuk berhala-berhala kamu”,  tetapi apa yang (mereka untukkan) buat berhala-berhala mereka itu, tidak sampai kepada Allah, sedangkan apa yang (teruntuk) bagi Allah itu, sampai kepada berhala-berhala mereka. Jelek sekali apa yang mereka hukumkan itu.
137. Dan bagitu juga telah dinampakkan baik kepada kebanyakan dari kaum musrikin itu hal membunuh anak-anak mereka, oleh  sekutu-sekutu mereka, kerana hendak menjerumuskan mereka dan kerana hendak membikin agama  mereka jadi ragu-ragu buat mereka, dan kalau Allah mahu, nescaya tidak mereka kerjakan (kelakuan) itu, maka oleh kerana itu, biarkan lah mereka dan (biarkan lah) apa-apa yang mereka ada-adakan itu.
138. Dan mereka berkata; “inilah binatang-binatang ternak dan ladang yang terlarang, yang seorang pun tidak boleh memakan nya, melainkan siapa yang kami kehendaki” – menurut persangkaan mereka dan ada beberapa binatang ternak yang diharamkan (oleh mereka) menunggang nya dan beberapa binatang ternak yang mereka tidak sebut nama Allah (waktu menyembelehnya), kerana berdusta atas (namanya). Ia akan balas mereka tentang apa yang mereka telah ada-adakan.
139. Dan mereka berkata; “apa-apa yang ada dalam perut binatang-binatang ternak ini halal bagi laki-laki dari kami dan haram bagi isteri-isteri kami”, tetapi jika kandungan binatang-binatang itu mati, maka mereka ber bersekutu padanya. Allah akan membalas mereka tentang aturan mereka itu, (kerana) sesungguhnya  Ia itu bijak sana, amat mengetahui.
140. Sesungguh nya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka, kerana kebodohan dengan tidak mempunyai pengetahuan, dan rugilah  (mereka) yang mengharamkan apa yang Allah telah kurniakan kepada mereka itu, kerana berbuat dusta atas nama Allah, sesungguhnya setelah mereka dan tidaklah mereka terpimpin.

141. Dan ialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan tidak berjunjung, dan kurma, dan tumbuh-tumbuhan yang berlainan rasanya, dan zaiton, dan delima, yang bersamaan dan yang tidak bersamaan. “makanlah dari buah nya, apabila ia berbuah dan keluarkan lah haknya, pada hari katamnya, dan janganlah kamu (makan) berlebih-lebihan, kerana sesungguhnya ia tidak suka kepada orang-orang yang  berlebih-lebihan.
142. Dan (ia jadikan) dari binatang-binatang ternak itu, pembawa barang-barang dan buat disembeleh. Makan lah apa-apa yang Allah telah kurniakan kepada kamu, dan jangan lah kamu ikut perjalanan syaitan, kerana sesungguhnya  adalah syaitan itu bagi kamu, musuh yang terang”.
143. “Delapan yang berpasangan, iaitu dari biri-biri dua, dan dari kambing dua”. Tanyalah: “apakah yang Allah haramkan itu, dua jantan nya atau dua betina nya, atau kah yang dikandung oleh dua betina nya ? terangkan lah kepada ku dengan pengetahuan, jika memang kamu orang-orang yang benar”.
144. “Dan dari unta dua, dan dari sapi dua”. Tanyalah; “apakah yang Allah haramkan itu, dua jantan nya atau dua betina nya, atau kah yang dikandung dua betina nya, atau kah kamu jadi saksi tetakala Allah pesan kepada kamu tentang ini ? siapakah yang lebih menganyayai daripada orang yang berdusta atas nama Allah, untuk menyesatkan manusia dengan tidak mempunyai pengetahuan ?”,  sesungguh nya Allah  tidak memberi pertunjuk kepada kaum yang zalim.
145. Katakan lah; “aku tidak dapati (makanan) yang haram, dalam kitab yang diwahyukan kepada ku, bagi orang yang (mahu) memakan nya, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi  -- kerana sesungguhnya itu kotor – atau sesuatu yang disembeleh kerana lain dari Allah. Maka barang siapa terpaksa dengan tidak sengaja mahu dan tidak melebihi. Maka sesungguhnya Tuhan mu itu pengampun, penyayang. 
146. Dan atas orang-orang yahudi, kami telah haramkan tiap-tiap (binatang) yang berkuku, dan daripada sapi dan kambing, kami haramkan atas mereka, lemak nya,  melainkan (lemak) yang ada dibelakang nya atau didalam perut atau apa-apa yang bercampur dengan tulang, yang demikian itu, kami balas mereka dengan sebab kejahatan mereka, sesungguhnya kamilah yang benar.
147. Oleh itu, jika mereka mendustakan mu, maka katakan lah; “Tuhan kamu itu ialah yang mempunyai rahmat yang luas, dan seksa nya tidak bisa disingkirkan dari kaum yang berdusta”.
148. Akan berkata orang-orang yang  musrik; “jika dikehendaki Allah, nescaya kami dan bapa-bapa  kami tidak mempersekutukan nya dan tidak kami haramkan apa-apa”.  Bagitu juga orang yang sebelum mereka membikin dusta hingga mereka merasa seksaan kami.  Katakan lah; “adakah kamu mempunyai keterangan yang bisa kamu unjuk kan kepada kami ? tidak kamu turut, melainkan sangkaan, dan tidaklah kamu itu melainkan berdusta”.
149. Katakan lah; “lantaran itu, maka Allah mempunyai alasan yang kuat, iaitu jika ia mahu, tentu ia akan beri pertunjuk kepada kamu sekelian”.
150. Katakan lah; “bawalah saksi-saksi kamu yang menyaksikan bahawa Allah mengharamkan ini”. Oleh itu, jika mereka jadi saksi, maka janganlah engkau jadi  saksi bersama mereka, dan janganlah engkau turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, dan orang-orang yang tidak percaya kepada akhirat, sedang mereka menyekutukan Tuhan mereka.

151. Katakan lah; “marilah ! supaya aku bacakan apa yang Tuhan kamu haramkan atas kamu, (ia itu) bahawa janganlah kamu sekutukan dengan dia sesuatu, dan hendaklah (kamu) berlaku baik kepada ibu bapa, dan jangan lah kamu membunuh anak-anak kamu kerana (takut) kepapaan, (kerana) kami memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka , dan jangan lah kamu hampiri kejahatan,  yang terang daripadanya dan yang teresembunyi, dan jangan lah kamu membunuh jiwa yang Allah haramkan, melainkan  dengan hak. Demikianlah Allah perintah kamu, supaya kamu mengerti”.
152. “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim, melainkan dengan cara yang baik, sehingga ia sampai umur, dan sempurnakan lah sukatan dan timbangan dengan adil”. Kami tidak memberatkan sesorang, melainkan dengan apa yang bisa ia kerjakan, “dan apabila kamu berkata-kata, hendaklah kamu lurus, walau pun ia itu kerabat (kamu), dan sempurnakan lah janji Allah, demikian lah ia perintah kamu, supaya kamu ingat”.
153. “Dan bahawa sesungguh nya inilah jalan mu yang lurus, oleh kerana itu, turutlah dia, dan jangan lah kamu turut jalan-jalan (lain), kerana (jalan itu) akan pisahkan kamu daripada jalan nya, demikian lah ia perintah kamu, supaya kamu berbakti (kepadanya).
154. Kemudian, kemi telah beri kitab kepada Musa sebagai menyempurnakan (nikmat)  atas orang yang berbuat kebaikan, dan untuk menerangkan tiap-tiap sesuatu, dan sebagai pertunjuk  dan rahmat, supaya mereka percaya kepada pertemuan dengan Tuhan mereka.
155. Dan ini lah sebuah kitab yang kami turunkan dia yang diberi berkat.  Lantaran itu, turutlah dia, dan berbaktilah supaya kamu diberi rahmat.
156. Supaya kamu tidak berkata; “hanya diturunkan kitab (agama) atas dua golongan sebelum kami, dan sesungguhnya kami lalai dari bacaan mereka”.
157. Atau supaya tidak kamu berkata; “sesungguhnya kalau diturunkan atas kami kitab itu, tentu adalah kami lebih terpimpin daripada mereka”. Maka sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan dan pertunjukan rahmat dari Tuhan kamu. Oleh kerana itu, bukankah tidak ada yang lebih menganyanyai daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripada nya ? kami akan balas orang-orang yang berpaling daripada nya ? kami akan balas orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat kami itu dengan azab yang pedih, dengan sebab mereka berpaling.
158. Bukan kah tidak  mereka tunggu-tunggu melainkan kedatangan Melaikat kepada mereka atau kedatangan Tuhan mu atau kedatangan  sebahagian daripada ayat-ayat  Tuhan mu ? pada hari datangnya sebahagian daripada tanda-tanda Tuhan mu itu, tidaklah akan bermanfaat iman seseorang yang tidak beriman lebih dahulu nya atau (tidak) mengerjakan kebaikan pada  iman nya. Katakan lah; “hendaklah kamu tunggu, (kerana)  sesungguhnya kami (juga) menunggu”.
159. Sesungguhnya orang-orang yang membahagiakan agama mereka dan jadi beberapa golongan itu, bukan lah engkau dari (golongan mereka) ditentang apa pun, tidak lain urusan mereka, melainkan kembali kepada Allah, kemudian ia akan terangkan kepada mereka apa yang mereka telah kerjakan.
160. Barang siapa kerjakan kebaikan, maka baginya (ganjaran) sepuluh kali ganda, dan barang siapa kerjakan kejahatan, maka tidak dibalas dia melainkan sebanyak (kejahatan) itu, dan mereka tidak akan dianyanyai.

161. Katakan lah; “sesungguhnya aku dipimpin oleh Tuhan ku kejalan yang lurus, agama yang teguh, agama Ibrahim yang ikhlas, kerana ia bukan daripada orang-orang yang musrik”.
162. Katakan lah; “sesungguhnya sembahayang ku dan ibadat ku dan hidup ku  dan mati ku, adalah kerana Allah, Tuhan bagi sekelian maklhuk”.
163. “Tidak ada sekutu baginya, dan bagitulah aku diperintah, dan adalah aku orang Islam yang pertama”.
164. Katakan lah; “apakah patut selain dari Allah aku akan jadikan Tuhan, pada hal ia itu Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu ?  dan tiap-tiap satu diri, tidak mengerjakan (kejahatan), melainkan (balasan nya itu jatuh) atasnya, dan tidak lah seorang penanggung akan menanggung  tangungan seseorang lain. Kemudian, kepada Tuhan kamu lah tempat kembali kamu, lalu ia akan terangkan kepada kamu tentang apa yang kamu perselisihkan”.
165. “Dan ialah yang menjadikan kamu khalifah (d)bumi, dan ia mengangkat darjat-darjat sebahagian dari kamu atas sebahagian, untuk ia menguji kamu tentang apa yang ia telah datangkan kepada kamu. Sesungguh nya Tuhan mu itu lekas seksaan nya, tetapi tetapi sesungguhnya ia itu pengampun, penyayang.


{7}  
Al-a’raf (Benteng Tinggi).
Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. Alif, Laam, Shaad.
2. (Ini) satu kitab yang diturunkan  kepada mu, oleh kerana itu, jangan lah ada syak dalam dada mu kerana nya, untuk engkau ancam (manusia) dengan dia, dan (sebagai) peringatan bagi orang-orang yang beriman.
3. Turutlah apa yang diturunkan atas kamu dari Tuhan kamu, dan jangan lah kamu turut penolong-penolong selain daripadanya, (tetapi) sedikit sekali kamu ingat.
4. Dan beberapa banyak desa yang kami telah binasakan, iaitu datang kepada nya seksaan kami waktu malam atau pada waktu mereka sedang tidur tengahari.
5. Maka tidak ada seruan mereka ketika datang kepada mereka azab kami itu, melainkan mereka berkata; “sesungguhnya kami ini orang-orang yang zalim”.
6. Maka sesungguhnya kami akan periksa orang-orang yang dikirim (Rasul-Rasul) kepada nya, dan sesungguhnya kami akan periksa Rasul-Rasul itu.
7. Lantas sesungguhnya kami akan ceritakan kepada mereka dengan  pengetahuan, kerana tidak sekali-sekali kami azab.
8. Dan timbangan amal pada hari (kiamat) itu benar, maka barang siapa berat timbangan (kebaikan)nya  maka mereka itu ialah orang-orang yang dapat kejayaan.
9. Dan barang siapa ringan timbangan (kebaikan)nya, maka merekalah orang-orang yang telah merugikan diri-diri mereka, lantaran mereka berlaku zalim kepada ayat-ayat kami.
10. Dan sesungguhnya kami telah tetapkan kamu dibumi dan kami adakan bagi kamu pada nya beberapa penghidupan, (tetapi)  sedikit sekali kamu berterima kasih.


11. Dan sesungguhnya kami telah jadikan kamu, dan kami telah rupakan kamu, lalu kami berkata kepada melaikat; “sujudlah kepada Adam”, lalu mereka sujud, tetapi iblis, tidaklah ada ia daripada mereka yang sujud.
12. Ia brkata;  “apakah yang menyebabkan mu tidak sujud tetakala aku perintah mu?” ia jawab;  “aku lebih mulia daripadanya, (kerana) engkau jadikan daku dari api, pada hal engkau jadikan dia dari tanah”.
13. Ia berkata; “pergilah daripada (syurga) ini, kerana tidak patut engkau bersombong (padanya). Maka kalaulah, sesungguhnya engkau daripada golongan mereka yang rendah.
14. Ia berkata; “berilah tempoh kepada ku sampai hari yang mereka akan dibangkitkan”.
15. Ia berkata; “sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh”.
16. Ia berkata; “lantaran engkau telah sesatkan daku, maka tentu aku akan halangi mereka (daripada) jalan mu yang lurus”.
17. “Kemudian, aku akan datangi mereka dari hadapan mereka dan dari balakang mereka dan dari kanan mereka dan dari kiri mereka, dan tidak akan engkau dapati kebanyakan  dari mereka itu berterima kasih”.
18. Ia berfirman; “keluarlah engkau daripada (syurga) itu dengan terhina, terhalau.  Sesungguhnya barang siapa daripada mereka itu turut kepada mu, nescaya aku penuhkan jahanam dengan kamu (dan mereka) sekelian”.
19. “dan hai Adam ! tinggal lah engkau dengan isteri mu disyurga itu, maka makan lah apa-apa yang kamu berdua sukai, tetapi jangan lah kamu dekati pohon ini,  kerana kamu akan termasuk golongan mereka yang zalim”.
20. Maka syaitan membisik kepada keduanya yang akhirnya menampakkan kepada keduanya aurat mereka yang ditutup dari (pandangan mereka), sambil ia berkata; “tidaklah  Tuhan kamu melarang kamu (memakan buah) dari pohon ini, melainkan lantaran kamu akan jadi Melaikat atau lantaran kamu akan termasuk golongan orang-orang yang kekal (padanya)”.


21. Dan ia bersumpah kepada keduanya; “sesungguhnya aku ini bagi kamu, daripada mereka yang memberi nasihat”.
22. Maka ia unjurkan keduanya dengan tipu daya, maka tetekala keduanya merasakan (buah) pohon itu, terbuka aurat-aurat mereka, dan mulai lah mereka tutup atas (kemaluan) mereka dengan daun dari syurga, dan Tuhan mereka berdua menyeru kepada mereka; “bukan kah aku larang kamu berdua (memakan buah) dari pohon itu, dan bukan kah sudah aku katakan, bahawa syaitan itu musuh kamu yang  nyata ?”.
23. Mereka berdua berkata; “hai Tuhan kami ! sesungguhnya kami telah menganyayai diri-diri kami. Lantaran itu, jika tidak engkau ampunkan kami dan (tidak) engkau berikah rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami daripada orang-orang yang rugi”.
24. Allah berkata; “pergilah kamu ! sebahagian dari kamu jadi musuh bagi sebahagian nya, dan adalah bagi kamu dibumi itu tempat ketetapan dan bekalan hingga satu masa”.
25. Ia berfirman (pula); “padaNya lah kami hidup dan disitulah kamu akan mati dan daripadanya kamu akan dikeluarkan”.
26. “Hai anak-anak adam ! sesungguhnya kami telah turunkan atas kamu pakaian untuk menutup kemaluan-kemaluan  kamu, dan pakaian perhiasan, dan pakaian takwa, (tetapi)  ini lebih baik, yang demikian itu  adalah daripada tanda-tanda (kurnia) Allah, supaya mereka ingat”.
27. “Hai anak-anak adam ! jangan lah (dapat) syaitan menipu kamu sebagaimana ia telah keluarkan dua ibu bapa kamu dari syurga, ia buka pakaian ibu bapa kamu, (supaya)  kelihatan kemaluan-kemaluan keduanya. Sesungguhnya ia dan golongan nya melihat kamu, tetapi kamu tidak melihat mereka, sesungguhnya kami jadikan syaitan-syaitan itu, ketua-ketua bagi orang-orang yang tidak beriman”.
28. Dan apabila mereka kerjakan kejahatan, maka berkata; “kami dapati bapa-bapa kami mengerjakan nya, dan Allah perintah kami (kerjakan) itu”  katakan lah; “sesungguh nya Allah (sekali-sekali) tidak menyuruh (kerjakan) kejahatan.  Apakah (patut) kamu berkata atas nama Allah, sesuatu yang mana kamu tidak tahu ?”.
29. Katakan lah; “Tuhan ku suruh (manusia) berlaku adil, dan (ia perintah): ‘hidupkan lah diri-diri kamu pada tiap-tiap (kali) sembahayang, dan berdoalah kepadanya’ dengan ikhlas kan ‘ibadat kepadanya’ , (kerana) sebagaimana ia jadikan kamu, (bagitulah  pula) kamu akan kembali (kepadanya)”. 
30. Suatu golongan Allah pimpin dan satu golongan (lagi) tertimpa atasnya kesesatan, kerana sesungguhnya  mereka jadikan syaitan-syaitan itu sebagai ketua-ketua selain dari Allah, dan mereka sangka, bahawa mereka terpimpin.


31. Hai anak adam ! pakai lah perhiasan kamu pada tiap-tiap masjid, dan makanlah dan minumlah, tetapi janganlah kamu melewati batas, kerana sesungguhnya Allah itu, tidak suka kepada orang-orang yang melewati batas.
32. Katakan lah; “siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang ia adakan  (untuk) hamba-hamba nya, dan barang siapa yang baik-baik dari kurnia(Nya) ?”  katakan lah; “(adalah) ia untuk orang-orang  yang beriman dipenghidupan dunia (dan) tertentu (bagi mereka) pada hari kiamat”. Demikan lah kami  terangkan perintah-perintah bagi kaum yang (mahu) tahu.
33. Katakan lah; “sesungguhnya  Tuhan ku mengharamkan kejahatan yang  zahir nya dan yang batin nya, dan dosa, dan anyanya dengan tidak benar, dan (ia haramkan) kamu menyekutukan  dengan Allah suatu yang keterangan nya tidak ia turunkan, dan (ia haramkan) kamu berkata atas  nama Allah, sesuatu yang kamu tidak tahu”.
34. Dan bagi tiap-tiap umat ada ajalnya, maka apabila datang ajal mereka, tidak lah bisa mereka minta  di takakhirkan (walau pun) sebentar dan tidak bisa mereka minta dimajukan (nya).
35. Hai anak Adam ! jika datang kepada kamu Rasul-Rasul dari antara kamu yang menceritakan kepada  kamu ayat-ayat kami, maka barang siapa  yang berbakti dan berbuat baik, tidaklah ada ketakutan atas mereka dan tidak mereka berdukacita.
36. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, dan tidak mahu terima akan dia, mereka lah ahli neraka yang mereka akan kekal padanya.
37. Maka bukan lah tidak ada yang terlebih zalim daripada orang yang berbuat dusta atas nama Allah atau yang mendustakan ayat-ayat nya ? mereka akan dapat bahagian mereka dari kitab (amal mereka) sehingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan kami yang akan terima mereka, sambil berkata; “manakah (berhala-berhala) yang kamu seru selain dari Allah?” maka orang-orang itu akan jawab; “(berhala-berhala) itu telah hilang daripada kami’, serta mereka menyaksikan atas diri-diri sendiri, bahawa adalah mereka (dahlunya) orang-orang  yang tidak percaya.  
38. Ia berfirman; “masuklah kamu dalam neraka bersatu dengan umat yang telah lalu sebelum kamu, dari bangsa Jin dan Manusia. Tiap-tiap masuk satu umat, ia mengutuk saudaranya, sehingga apabila semuanya terkumpul dalan (neraka) itu, maka berkatalah umat yang akhir tentang yang mula-mula; “hai Tuhan kami ! mereka inilah yang telah sesatkan kami, oleh kerana itu, berilah mereka azab dari neraka yang berlipat kali ganda”. Firman Allah; “bagi tiap-tiap (kamu ada azab) yang berlipat kali ganda”, tetapi kamu tidak tahu.
39. Dan berkata (umat) yang mula-mula kepada  (umat) yang akhir; “tidaklah ada bagi kamu kelebihan atas kami, oleh kerana itu, rasalah azab, lantaran apa yang kamu telah usahakan”.
40. Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat  kami dan tidak mahu terima dia, maka tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit,  dan tidak akan mereka masuk syurga sehingga unta bisa masuk dilubang jarum, kerana demikian lah kami membalas orang-orang yang berdosa besar.


41. Adalah bagi mereka tempat yang rendah dari jahanam, dan diatas mereka ada tutupan-tutupan nya, kerana  demikian lah kami balas orang-orang yang zalim.
42. Dan orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh – kami tidak memberatkan satu diri,  melainkan sekadar kuasanya – (adalah) mereka itu ahli syurga yang mereka akan kekal padanya.
43.  dan kami cabut apa-apa yang ada didada-dada mereka daripada hasad, dibawah mereka mengalir babarapa sungai-sungai, dan mereka berkata; “ sekelian puji kepunyaan Allah yang telah pimpin kami (kesyurga) ini pada hal tidak sekali-sekali kami dapat pertunjuk, kalau Allah tidak pimpin kami, seseungguhnya telah datang beberapa urusan Tuhan kami dengan (membawa)  kebenaran”,  dan mereka diseru; “bahawa inilah syurga diwariskan nya kepada kamu, lantaran apa yang kamu telah kerjakan”.
44. Dan ahli syurga menyeru ahli neraka; “sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kami kepada kami itu benar, maka apakah kamu telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu benar ?” mereka jawab; “Ya”, lalu diantara mereka diberitahu oleh seorang pemberitahu; “bahawa laknat Allah itu, adalah atas orang-orang yang zalim”.
45. “Yang memalingkan (manusia) daripada jalan Allah, dan mahu jadikan jalan itu bengkok lantaran mereka tidak percaya kepda akhirat”.
46. Dan diantara dua itu ada satu dinding, dan diatas benteng itu ada beberapa laki-laki kenal tiap-tiap seorang dengan tanda masing-masing, dan mereka seru ahli syurga; “mudah-mudahan sejahtera (bercucur) atas mereka”. Mereka ini belum masuk dalam syurga, sedangkan mereka sangat ingin.
47. Dan kalau dipalingkan pandangan-pandangan mereka kepihak ahli nereka, mereka berkata; “hai Tuhan kami ! janganlah engkau masukkan kami dalam golongan orang-orang yang zalim”.
48. Dan mereka yang diatas benteng tinggi itu menyeru orang-orang yang mereka kenal dengan tanda masing-masing. Mereka berkata; “bukankah tidak memberi  faedah kepada kamu pengumpulan kamu dan apa yang kami besar-besarkan ?”.
49. “Apakah ini orang-orang  yang pernah kamu bersumpah, (bahawa) Allah  tidak akan memberi rahmat kepada mereka ?”  “masuklah kamu kedalam syurga, tidak ada ketakutan atas kamu dan tidak akan kamu berdukacita”.
50. Dan ahli nereka menyeru ahli syurga; “tuanglah atas kami dari air atau dari apa-apa yang Allah kurniakan kepda kamu!” mereka jawab; “sesungguhnya Allah telah haramkan dua-dua itu atas orang-orang kufur”.


51. “Maka jadikan agama mereka sia-sia dan permainan, kerana mereka telah diperdayakan oleh penghidupan dunia”. Maka dihari ini, kami lupakan mereka sebagaimana mereka lupa kepada pertemuan hari mereka ini, lantaran mereka tidak percaya kepada ayat-ayat kami.
52. Dan sesungguhnya kami telah datangkan kepada mereka satu kitab yang kami telah terangkan dia atas dasar pengetahuan sebagai pertunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
53. Bukankah mereka tidak menunggu melainkan buah-buahan nya (Quran)? Pada hari datang buah-buahan nya (pada hari kiamat) itu, akan berkata orang-orang yang dahulu nya melupakan dia; “sesungguhnya telah datang utusan-utusan Tuhan kami dengan (membawa) kebenaran. Lantaran itu,  adakah penolong-penolong yang akan menolong kami atau (tidakkah bisa) kami dikembalikan supaya dapat kami kerjakan lain-lain daripada apa yang telah kami kerjakan (dahulu)?” sesungguhnya mereka telah rugikan diri-diri mereka dan hilang dari mereka apa yang mereka ada-adakan.
54. Sesungguhnya Tuhan kami itu ialah Allah, yang menjadikan langit-langit dan bumi dalam enam masa, dan ia bersemayam atas araz, ia tutup malam dengan siang yang mengiringi dia dengan lekas, dan (ia jadikan) matahari dan bulan dan bintang-bintang tunduk kepada ketetapan. Bukankah pembikinan dan kekuasaan itu kepunyaan nya ? maka tinggi Allah, pengurus sekelian makhluk!.
55. Serulah Tuhan kamu dengan merendah diri dan tersembunyi, kerana sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang melewati batas.
56. Dan janganlah kamu berbuat kebinasaan dibumi sesudah  beresnya, dan berdoalah kepada nya  dengan takut dan dengan sungguh-sungguh mahu, kerana sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.
57. Dan ialah yang mengirim angin sebagai pembawa khabar baik dihadapan rahmatnya, sehingga apabila ia bawa mega (awan) yang berat, kami tarik dia kenegeri yang mati, lalu kami turunkan (pula) dengan mega itu akan air, kemudian, kami keluarkan dengan air itu sekelian tumbuh-tumbuhan. Demikianlah kami hidupkan orang-orang yang mati, supaya kamu mahu ingat.
58. Dan negeri yang baik itu keluarlah tumbuh-tumbuhan nya dengan izin Allah, dan negeri yang tidak baik itu tidaklah ia keluar, melainkan dengan susah. Demikianlah kami terangkan ayat-ayat kami, bagi kaum yang mahu berterima kasih.
59. Sesungguhnya kami telah utus Nuh kepada kaumnya, lalu ia berkata; “hai kaumku! beribadatlah kepada Allah (kerana) tidak ada bagi kamu Tuhan selain daripadaNya.  Sesungguhnya aku khuatir kamu akan  dapat  azab hari yang besar”.
60. Berkata ketua-ketua dari kaumnya itu; “sesungguhnya kami lihat mu didalam kesesatan yang nyata”.


61. Ia jawab; “Hai kaumku ! tidak ada pada ku kesesatan, tetapi aku ini seorang Rasul dari  Tuhan bagi sekelian makhluk”.
62. “Aku menyampaikan kepada kamu ayat-ayat Tuhan ku, dan aku beri nasihat kepada kamu, kerana aku tahu, dengan (pemberian) Allah, apa yang kamu tidak tahu”.
63. “Apakah kamu merasa anih kedatangan satu peringatan dari Tuhan kamu dengan perantaraan seorang laki-laki dari antara kamu, untuk mengancam kamu dan supaya  kamu berbakti dan supaya kamu diberi rahmat ?”.   
64. Tetapi mereka dustakan dia, maka kami selamatkan dia dan orang-orang yang mengikut dia didalam kapal, serta kami karamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, kerana sesungguhnya adalah mereka itu kaum yang buta.
65. Dan kepada Aad (kamu utus) saudara mereka, Hud. Ia berkata; “Hai kaum ku ! sembahlah Allah, (kerana) tidak ada Tuhan bagi kamu, selain daripada  nya. Lantaran itu, tidaklah mahu kamu berbakti ?”.
66. Berkata ketua-ketua kafir dari antara kaumnya; “sesungguhnya  kami lihat mu didalam kebodohan, dan sesungguhnya kami sangka engkau daripada orang-orang yang berdusta”.
67. Ia jawab; “hai kaum ku ! tidaklah ada kebodohan pada ku, tetapi aku ini seorang Rasul dari Tuhan bagi sekelian makhluk”.
68. “Aku menyampaikan kepada kamu ayat-ayat Tuhan ku, kerana adalah aku ini, bagi kamu, seorang penasihat yang kepercayaan”.
69. “Dan apakah kamu merasa anih kedatangan satu peringatan dari Tuhan kamu dengan perantaraan seorang laki-laki dari antara kamu untuk mengancam kamu ? dan ingatlah tetakala ia jadikan kamu sebagai pengurus sesudah kaum Nuh, dan ia tambah bagi kamu kelebihan dalam kejadian. Lantaran itu, ingatlah nikmat-nikmat Allah, supaya kamu berbahagia”.
70. Mereka bertanya; “Apakah engkau datang kepada kami supaya  kami sembah Allah sendiri nya, dan (supaya) kami tinggalkan apa-apa yang bapa-bapa kami sembah ?  Lantaran itu, datangkan lah apa yang engkau ancam kami  jika (betul) engkau dari golongan orang-orang yang benar”.


71. Ia berkata; “sesungguhnya  telah tertimpa atas kamu seksaan dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Patutkah kamu membantah ku tentang nama-nama yang kamu dan bapa-bapa kamu namakan, (pada hal) Allah tidak turunkan keterangan ditentang nya? Oleh kerana itu, tunggulah (seksaan Allah), sesungguhnya aku (juga) daripada orang-orang yang menunggu bersama mu”.
72. Maka kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama dia dengan satu rahmat dari kami, serta kami potong akar (habiskan)  orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, kerana bukanlah mereka orang-orang yang beriman.
73. Dan kepada Samud (kami utus) saudara mereka, Saleh. ia berkata; “hai kaumku ! sembhlah Allah, (kerana) tidaklah ada Tuhan bagi kamu, selain daripada Nya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu satu keterangan dari Tuhan kamu, (iaitu) unta Allah yang betina itu, adalah satu tanda bagi kamu, maka biarkan lah dia memakan dibumi Allah, dan jangan lah kamu ganggu dia, kerana akan mengenai kamu azab yang pedih”.
74. “Dan ingatlah tetakala Allah jadikan kamu khalifah sesudah kaum Aad,  dan ia beri kekuasaan bagi kamu dibumi, yang kamu jadikan dari tanah rata nya beberapa  mahligai dan kamu tebuk gunung-gunung jadi rumah-rumah. Lantaran itu, ingatlah akan nikmat-nikmat Allah, dan janganlah kamu bermaharajalela dibumi dengan membikin kebinasaan”.
75. Pemuka-pemuka yang tidak mahu percaya dari antara kaum nya bertanya kepada orang-orang yang lemah, yang beriman diantara mereka; “apakah kamu tahu bahawa Saleh itu orang yang diutus dari Tuhan nya ?” mereka jawab; “sesungguhnya kami percaya kepada apa yang dia diutuskan buat menyampaikan nya”.
76. Orang-orang yang tidak mahu percaya itu berkata; “sesungguhnya kami tidak percaya kepada apa yang kamu percaya itu”.
77. Lalu mereka sembelih unta itu, dan mereka derhaka kepada perintah Tuhan mereka, dan mereka berkata; “Hai Saleh ! datangkan lah kepada kami apa yang engkau ancamkan kepada kami, jika betul engkau ini daripada orang-orang yang diutuskan”.
78. Lantas kenalah gempa atas mereka, lalu jadilah mereka kaku dalam rumah-rumah mereka.
79. Maka ia berpaling dari mereka sambil berkata; “hai kaum ku ! sesungguhnya aku telah sampaikan kepada kamu pesanan Tuhan ku dan aku telah beri nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat”.
80. Dan (ingatlah) kepada Lut tetakala ia berkata kepada kaumnya’ “patutkah kamu kerjakan kejahatan yang belum pernah dikerjakan oleh seseorang dari  alam ini?”.


81. “Sesungguhnya kamu mendatangi laki-laki dengan berahi, bukan kepada  perempuan, bahkan kamu ini satu kaum yang melewati batas”.
82. Tidak lain jawaban kaumnya, melainkan mereka berkata; “keluarkan lah mereka itu dari desa kamu, kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang membersihkan diri mereka”.
83. Lalu kami selamatkan dia dan  ahlinya, melainkan isterinya, (kerana) adalah ia daripada orang-orang yang tertinggal.
84. Dan kami hujan kan atas mereka satu hujan. Lantaran itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kesalahan besar.
85. Dan kepada Madyan (kami utus) saudara mereka,  Syuaib. Ia berkata; “hai kaum ku, sembahlah Allah, kerana tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu satu keterangan dari Tuhan kamu. Lantaran itu, cukupkan lah sukatan dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan (dari) manusia akan hak-hak mereka, dan  janganlah  kamu berbuat kebinasaan dibumi sesudah beresnya. Yang demikian itu, baik buat kamu jika kamu orang-orang yang beriman”. 
86. “Dan janganlah kamu halangi ditiap-tiap urusan (sampai) menakuti-menakuti dan memalingkan daripada jalan Allah, akan orang yang beriman kepadanya, lantaran kamu mahu jadikan (jalan) itu bengkok, dan ingatlah tetakala kamu sedikit, lalu ia banyak kan kamu, dan lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kebinasaan”.
87. “Dan jika ada satu bahagian dari antara kamu percaya kepada apa yang diutus  kepada ku, dan satu bahagian (pula) tidak percaya, maka tunggulah sehingga Allah menghukum antara kita, kerana Allah itu sebaik-baik penghukum”. 


[Previous Juzuk][Next Juzuk][Previous Summary][Next Summary] [Home] . 



.

Via,
mynubhan@gmail.com
(recovery, bucketsmartherbs@yahoo.com)